PORTAL RASMI SK SUNGAI MELAYU

BELAJAR . BERBAKTI . BERTAKWA

Blog

view:  full / summary

PELANCARAN MINGGU KEMERDEKAAN KE 57

Posted by SK SUNGAI MELAYU on August 24, 2014 at 9:45 PM Comments comments (0)

PERBARISAN SIMBOLIK JALUR GEMILANG




PENYERAHAN JALUR GEMILANG



NYANYIAN LAGU PATRIOTIK

Persiapan Pentas Raya

Posted by SK SUNGAI MELAYU on August 16, 2012 at 4:05 AM Comments comments (0)

Pentas SK Sungai Melayu berubah wajah..

Guru-guru SK Sungai Melayu sibuk menyiapkan Pentas Raya 2012...caya la ;)


Pelancaran Program Kemerdekaan

Posted by SK SUNGAI MELAYU on August 8, 2012 at 1:05 AM Comments comments (0)

Pelancaran Program Kemerdekaan peringkat sekolah telah dilancarkan. Pelbagai aktiviti sempena sambutan Kemerdekaan akan dijalankan sepanjang bulan Ogos. Penyertaan oleh semua murid Sekolah Kebangsaan Sungai Melayu.


Murid-murid menyanyikan lagu patriotik dengan penuh semangat sambil mengibarkan Jalur Gemilang.

PINTAR BATTLEBOT CHALLENGE

Posted by SK SUNGAI MELAYU on June 15, 2011 at 6:51 AM Comments comments (0)

15 JUN 2011-BERTEMPAT DI DEWAN SKSM, PERTANDINGAN DISERTAI PELAJAR TAHUN 3,4 DAN 5. PERTANDINGAN INI TELAH DIMENANGI OLEH ADIK AIMAN DAN ADIK SYRIZ YG TELAH MENEWASKAN LAWANNYA ADIK ERIN DAN ADIK MASHITAH DI PERINGKAT AKHIR.

SAMBUTAN HARI GURU 2011

Posted by SK SUNGAI MELAYU on May 21, 2011 at 1:29 AM Comments comments (0)
  1. BERMAIN BOLA BERPELIKAT...TAHNIAH KRN MENANG 2-0
  2. ACARA MENGHABISKAN TEPUNG,PRA MENJADI MANGSA...SYABASS
  3. ACARA BOLING J-QAF..GURU J-QAF TETAP KALAH WLAUPN SMGGU BERLATIH.
  4. CIKGU PRA TETAP MNCUBA NASIB...TP TETAP DGN HNYA 5 JATUHAN PIN
  5. POTONG KEK 1
  6. POTONG KEK 2

PROGRAM ANTI-DADAH

Posted by SK SUNGAI MELAYU on March 2, 2011 at 11:21 PM Comments comments (0)

3 MAC 2011 - SKSM telah mengadakan peraduan mewarna Tahap 1 dan melukis poster bagi Tahap 2. Semua pelajar berkumpul di dewan terbuka SKSM bagi melakukan aktiviti tersebut. Penilaian dibuat bagi mewarna dan lukisan terbaik untuk diberikan hadiah.

LARIAN PERDANA

Posted by SK SUNGAI MELAYU on March 2, 2011 at 7:23 PM Comments comments (0)

Larian Perdana bermula dengan senaman murid bersama guru di dataran perhimpunan SKSM. Tepat jam 8.00 pagi semua pelajar dilepaskan mengikut kategori. Semua pelajar yang mengikuti larian telah diberikan hadiah dan sijil penyertaan.

Pelancaran Program NILAM 2011

Posted by SK SUNGAI MELAYU on January 14, 2011 at 12:27 PM Comments comments (0)

14 Januari 2011-  Pihak sekolah telah melancarkan Program NILAM. Tujuan pelancaran program ini ialah untuk menggalakkan murid-murid SK Sungai Melayu menanam minat membaca buku. Majlis ini telah dirasmikan oleh Guru BEsar SKSM, En. Abd Aziz bin Mahmod dengan menyampaikan buku NILAM kepada Ketua Kelas.


 

Selamat Kembali Ke Sekolah 2011

Posted by SK SUNGAI MELAYU on January 14, 2011 at 12:13 PM Comments comments (0)

Pihak sekolah mengucapkan selamat kembali ke sekolah kepada semua murid SK Sungai Melayu di samping mengharapkan tahun 2011 akan menjadi tahun yang terbaik berbanding tahun-tahun yang lepas. Pihak sekolah juga mengalu-alukan kedatangan guru baru, En, Ab. Kadir bin Ariffin yang telah bertukar dari SK Ladang Pendas.




TERIMA KASIH CIKGU!!

Posted by SK SUNGAI MELAYU on May 14, 2010 at 11:29 PM Comments comments (0)

SELAMAT HARI GURU 2010!!

Terima Kasih Cikgu

 

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahunn 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report of the Education Committee) sebagai dasar pelajaran bagi negara kita.

Dokumen tersebut yang dikenali sebagai Laporan Razak (Razak Report) telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

 

2009 Guru Pembina Negara Bangsa

2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang

2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang

2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan

2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan

2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara

2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama

2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan

1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang

1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama

1997 Guru Bestari Sekolah Bestari

1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia

1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan

1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan

1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan

1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang

1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1989 Guru Pembina Budaya Ilmu

1988 Guru Pengasas Budaya Membaca

1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan

1986 Pendidikan Teras Nasionalisme

1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan

1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan

1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan

1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu

1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat

1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara

1979 Murid Sejahtera Negara Jaya

1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang

1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan

1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan

1975 Guru dan Pembangunan Negara

1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi

1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan

1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara

 

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar

Dapat rusa belang kaki

Berguru kepala ajar

Ibarat bunga kembang tak jadi

(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia

Tiap akar ilmu miliknya

Pelita dan lampu segala

Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat

Alur kesetiaan mengalirkan nasihat

Pemimpin yang ditauliahkan segala umat

Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa

Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta

Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara

Jika hari ini seorang ulama yang mulia

Jika hari ini seorang peguam menang bicara

Jika hari ini seorang penulis terkemuka

Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;

Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya

Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu

Dia adalah guru mewakili seribu buku;

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa

Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku

Budi yang diapungkan di dulang ilmu

Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat

Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG

1979

 

 

 

OBOR HEMAH

Guru adalah awan indah terbang rendah,

melimpahkan hujan pada musim gersang,

menyegarkan benih ilmu, berbuah hikmah;

ia renjis embun pada tanah bakat,

suara ihsan ketika manusia kalah,

sepi yang syahdu dalam dunia resah.

Guru - atap ganti ketika pondok bocor,

ketika sejarah dalam bilik darjah,

senyum penyembuh bagi wabak sengsara,

ia - sungai rangsang sentiasa tenang,

menghantar bahtera ke segara dharma,

memesan angin menghikmahkannya.

Guru adalah penelaah yang tekun,

mewariskan dunia sebagai kutubkhanah,

menyediakan kutubkhanah sebagai dunia,

ia mengemudi biduk, melepaskannya,

atas lambungan laut, merangsangkan

manusia menyelami rahsia khazanahnya.

Guru - minda segar dan kukuh akar,

menghidupkan batin yang bersih

di daerah dunia cemar kasih,

dan pada ketika tak tersangkakan,

walau diambilnya kemball semua buku,

sempat ditinggalkan asas i1mu.

Guru adalah batin suci hatinurani,

penjunjung budi, manusia yang takwa,

obor hemah kehidupan bangsa.

A. SAMAD SAID

2 APRIL

 


Rss_feed